UKM MENANG FESLAM 2008
OLEH NURHAFIZA MARZUKIE
NILAI – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah muncul sebagai juara keseluruhan Festival Lagu Asli MAKUM (FESLAM) 2008 yang di adakan di USIM baru-baru ini. UKM telah di nobatkan sebagai juara keseluruhan apabila Fifi Amielia Shazlin Ahmad Nurshaidi peserta dari universiti tersebut mendapat anugerah persembahan terbaik. Manakala johan bagi kategori asli di menangi oleh Yusmawira Mohd Yunos dari Universiti Teknologi Mara (UTM) dan peserta dari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) mendapat johan bagi kategori tradisional kreatif.
Pertandingan yang julung kali di adakan di USIM ini adalah anjuran bersama MAKUM, bertujuan untuk menggalakan mahasiswa seluruh IPTA aktif dalam penyertaan aktiviti kebudayaan melalui nyanyian lagu asli.
Menurut ketua Unit Kebudayaan Hal Ehwal Pelajar USIM Ismail Ahmad merangkap penganjur bersama FESLAM 2008 menjelaskan, penyertaan USIM dalam festival anjuran MAKUM ini di harap dapat bersama-sama membantu mengangkat martabat budaya tradisi menerusi lagu-lagu tradisional di kalangan mahasiswa sebagaimana saranan MAKUM.
“Sehingga malam penutup FESLAM pada 19 Januari 2008, saya amat berpuas hati dengan kerjasama daripada semua pihak termasuk pelajar USIM sendiri. Diharap pada masa akan datang kita akan buat yang lebih baik,” tambah beliau lagi.Pelajar FKP, Zelifah Abd Majit, 22, berkata, penglibatan USIM dalam FESLAM adalah satu pencapaian yang baik kerana USIM jarang menganjurkan festival kebudayaan.
“Festival ini adalah pertandingan nyanyian yang julung kali diadakan di USIM. Sebagai pelajar USIM, saya amat berbangga kerana kita juga mampu menganjurkan pertandingan sebegini. Sedikit sebanyak pelajar boleh menonjolkan bakat nyanyian yang terpendam,” katanya.
Turut bersependapat dengannya, Hilmiyatul Amrina, 23, turut berbangga dengan penglibatan USIM walaupun peserta yang mengambil bahagian tidak mendapat tempat. “Saya menyokong sepenuhnya penglibatan USIM dalam festival sebegini selain dapat memberi peluang pelajar untuk menonjolkan bakat nyanyian, kita juga berpeluang berkumpul dengan pelajar-pelajar IPTA seluruh Malaysia. “Walaupun pelajar kita tidak mendapat tempat, tetapi usaha mereka menyertai festival ini amat membanggakan.” Seorang lagi pelajar, Dgku Mahirah Ag Binting, 22, berkata sambutan dari pelajar amat menggalakan walaupun festival tersebut di adakan pada waktu malam.“Festival pada malam itu meriah dengan kehadiran pelajar dan juga penonton dari luar. Saya berharap USIM akan menganjurkan lagi festival sebegini pada masa akan datang,” ujarnya.
Jemputan kehormat yang merasmikan malam penutup FESLAM 2008 adalah Senator Tan Sri Datuk Jins Shamsudin selaku pengerusi FINAS.Antara IPTA yang turut mengambil bahagian adalah UM, UTM, UPM, UKM, UTM, USM, UUM, UPSI, UMS, UNIMAS, UIAM, UTKM, UTHM, USIM, UniMAP, UMT dan UMP.
No Comments Yet
No comments yet.
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment
