Dalam sebuah pejabat akhbar yang mungkin terletak di sebuah Bandar besar seperti Paris atau di sebuah Bandar kecil di Amerika Syarikat – seorang pemuda sedang sibuk mengetuk mesin taipnya.
Sebentar-bentar dia menoleh ke arah jam yang tergantung di dinding dan melihat pengarangnya (editor). Pemuda ini adalah seorang pemberita. Dia sedang menulis sebuah berita yan mesti diserahkan kepada pengarang tidak lewat daripada deadline. Setelah menulis beberapa ayat lagi, dia pun siap. Dia tergesa-gesa menuju ke pengarang dan menyerahkan apa yang ditulisnya. Kemudian dia menoleh lagi ke jam. Dia telah siap lima minit lebih awal. Ketika dia berada di mejanya, dia menarik nafas panjang. Dia merasa puas hati dan bangga. Kemudian, apabila membaca berita yang ditulisnya itu dalam akhbar – mungkin tersiar dengan namanya sekali dia akan mengalami satu perasaan yang belum pernah dialaminya. Pengarang memberitahu pemberita ini jenis berita yang dikehendaki oleh akhbar.
Dia menulis tentang pembunuhan, kebakaran, wawancara dengan pemimpin-pemimpin kerajaan, mesyuarat sekolah, penemuan baru, pekerja yang menuntun gaji lebih ataupun mengenai sebuah kapal selam yang baru. Dalam beberapa tahun, pemberita akhbar muda ini mungkin menjadi seorang koresponden yang penting di bandaraya utama di negaranya sendiri, ataupun seoarng koresponden luar negeri. Ataupun dia mungkin mengambil keputusan untuk menulis mengenai hal-hal tertentu sahaja seperti buruh, pendidikan atau perniagaan. Malah dia mungkin menjadi orang yang pertama terbang ke bulan, oleh itu dia boleh tulis apa yang ditulisnya.
Jika anda bertemu dengan pemberita muda ini dan pemberita lelaki dan wanita lain di pejabat itu, anda akan segera mendapati bahawa mereka adalah pekerja yang mempunyai tingkah laku yang baik. Mungkin anda berfikir mereka bercakap lantang atau mabuk, seperti sesetengah pemberita yang anda saksikan dalam filem. Tetapi kebanyakan wartawan adalah orang yang baik dan orang yang dihormati dan cintakan kerja mereka.
Pemberita tidak sentiasa betul, kadang-kadang dia membuta pertimbangan yang salah. Sesetengah pemberita tidak boleh dipercayai, yang lain walaupun mereka boleh dipercayai, tidak boleh menulis dengan baik. Malah pemberita yang terbaik pun kadang-kadang tersalah fakta dan pertimbangannya, dan lantas pembaca memikirkan keburukan mereka. Tetapi bila anda ingatkan berapa juta perkataan yang tercetak dalam akhbar setiap hari, dan berapa banyak berita yang di terima di pejabatnya, pemberita akhbar tidak selalu boleh dipersalahkan tentang apa yang ditulisnya.
Pemberita akhbar rasa bangga untuk melaporkan berita seperti apa yang berlaku. Pentingya menulis berita yang benar adalah sesuatu yang mereka telah pelajari dari awal lagi. Jadi dengan sebab ini, seringkali seorang pemberita akhbar meneliti kebenaran sebuah berita itu beberapa kali sebelum dia menulis akhbarnya.
Untuk melakukan semua ini, seseorang itu bukan sahaja mesti cekap menulis, dia juga mesti mempunyai minat terhadap kerjayanya. Bagaimanapun, terdapat banyak alasan yang baik untuk menjadi seorang wartawan. Jika anda mahu menjadi kaya, janganlah bekerja dengan akhbar kecuali anda mempunyai syarikat akhbar sendiri ataupun anda seorang penulis yang terkemuka dalam sebilangan akhbar terkemuka. Jika anda mahu setiap minit dalam hidup anda penuh dengan keseronokan, anda sepatutnya menjadi pemandu kereta lumba. Pemberita kadang-kadang terpaksa menjalankan tugas yang sama setiap hari. Sekiranya anda mencari satu pekerjaan yang hanya cukup untuk menyara hidup anda dan juga berpeluang untuk maju ke depan, bidang kewartawanan adalah sesuai bagi anda.
Kewartawanan bukanlah suatu pekerjaan yang senang, tetapi ia boleh membuat seseorang pemberita merasa lebih penting daripada seorang pengurus bank. Siapa yang berani menyangkalnya? Wang adalah penting, tetapi ia bukanlah pendorong seseorang menceburkan diri dalam lapangan persuratkhabaran. Mereka menceburkan diri kerana mereka berminat terhadapnya. Itulah sebabnya mengapa mengapa pemberita-emberita bekerjasepanjang masa, tidak kira pada hari minggu dan kadang-kadang dalam keadaan yang merbahaya. Mereka berminat terhadap kerja akhbar dan memikirkannya menarik dan menakjubkan! Mereka ingin menjadi orang yang pertama mendapatkan berita, dan mengenali pemimpin- pemimpin kerajaan dan orang-orang kenamaan lain. Seseorang pemberita mungkin boleh bercakap dengan presiden negaranya, pemimpin sebuah Negara luar dan seorang penyanyi terkenal – semuanya dalam sehari!
Esoknya, dia mungkin ada sesuatu yang lebih menyeronokkan untuk dilakukan. Keseronokan menulis sesetengah kisah tidak mungkin didapati dalam pekerjaan yang lain. Bidang kewartawan juga adalah untuk mereka yang ingin menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik. Doktor menolong manusia, tetapi pemberita akhbar juga berbuat demikian. Pemberita memberitahu orang ramai apabila wang disalahgunakan. Dia juga telah menolong golongan miskin dan cuba menjadikan bandaraya sebagai tempat yang lebih selesa untuk didiami. Kerana usaha para pemberita dan pengarang, penyelewangan dapat dihapuskan. Rumah-rumah yang sudah tua dan tidak selamat lagi untuk didiami diruntuhkan.
Seperti pekerjaan lain, bidang kewartawanan tidaklah selalunya senang. Berita yang diperolehi dan ditulis oleh seorang pemberita dari usahanya sejak beberapa jam, akan dibaca oleh beribu-ribu dan mungkin berjuta-juta orang. Para pembaca mempelajari sesuatu yang mereka tidak ketahui sebelum ini, atau mungkin berita itu akan membuatkan mereka berfikir atau ketawa. Di mana berita berlaku, pemberita akan berada di sana, seperti mata dan telinga para pembaca akhbar. Dia diterima baik oleh orang yang berjawatan penting dan berkuasa, yang mungkin kebanyakan orang tidak mendapay layanan sedemikian.Menjadi seorang pemberita akhbar adalah suatu pekerjaan yang membanggakan. Sesetengah pemberita telah menjalankan tugas mereka dengan berani dan lebih daripada yang sepatutnya. Seorang pemberita sebuah akhbar di bahagian selatan Amerika Syarikat, telah memanjat sebuah bangunan yang tinggi untuk menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dan membunuh diri. Akhbar itu, ketika mengucapkan tahniah kepada pemberita tersebut, menyatakan dia bukan memikirkan tentang dirinya sendiri, tetapi telah menunjukkan keinginan yang mendalam untuk menolong orang lain. Tidak semua tindakan seperti itu mendapat penghargaan istimewa. Kebanyakan akhbar melakukan apa yang patut mereka lakukan kerana mereka merasa itu adalah tugas mereka untuk membantu orang yang dalam kesusahan.
Jika anda berminat untuk berkhidmat kepada masyarakat, dan jika anda percaya bahawa anda mampu menjalankan tugas seperti apa yang diharapkan dalam bidang kewartawanan, anda layak bertugas dengan sebuah akbar.
ANDA GEMAR KERJAYANYA??
|
“Seseorang yang tidak mengetahui untuk mengatasi masalah dan tidak mempunyai keinginan untuk berkhidmat dengan orang lain tidak sepatutnya menjadi seorang wartawan. Hanya mereka yang merasai bahawa hidup ini menarik dan mereka yang ingin membantu memajukan bandar dan dunia mereka patut menceburkan diri dalam bidang kewartawanan” – Do You Belong In Journalism?, Coleman Hartwell “Tugas pertama pemberita bukanlah kepada tuan punya akhbarnya, ataupun kepada pengarangnya, ataupun kepada kerajaannya ataupun kepada mereka yang memberikannya berita. Tugas pertamanya ialah kepada orang ramai, dan jika dia memberikannya kepada salah satu pihak dia bukanlah sebenarnya seorang pemberita yang baik walaupun dia mungkin seorang penulis yang baik” – James Reston, The New York Times |
#source: Bagaimana Menjadi Wartawan, M.L STEIN
4 Comments
Comments RSS TrackBack Identifier URI

tak kiralah yang penting dapat jadi wartawan jugak….berusaha…..
mmg susah nk jd wartawan,byk dugaan yg t’paksa di hdpi. Apa2 pun dyg doakan k.pija dpt jd seorg wartawan yg berjaya Insyaallah.
bestnye..nak juga jadi journalist, aku nak juga..nak..nak..sapa nak tolong aku?diri aku sendirilah..kan?kan?doakan untuk aku k..nti aku doakan tuk ko jga dan untuk member2 kta yg lain..InsyAllah..
setelah ape yang saya bace, menjadi wartawan memang sukar kerjanye tetapi minat dapat mengatasinya dan sebab itu saya ambik bidang ini kerana minat saya dalam bidang ini amat besar.hope saya dapat menjadi wartawan pas saya habis praktikal bulan 4 2009 ini.