BERAS OH BERAS….

Suatu malam tu seperti biasa aku dan kawan2 kluar makan malam kat kedai yang berhampiran (dekat je..10minit jalan dah sampai). Di situlah port utama ktorang khususnya dan pelajar2 USIM amnya jln2 cari makan. Pertama sebbnya, murah dan berpatutan. Keduanya, mestilah sedap. Ketiga, servis pun best. Cam wat umah sendiri plak (kedai makan yg berdekatan aku tak pernah pegi, so aku tak tau macamne plak mutunya). Kiranya selesa la mkn2 kat situ. Mase ngah tunggu order 2 (mee bandung beb!!) tetibe plak Majlis Perbandaran Nilai (MPN) datang nak periksa dan pantau keadaan bisnes dan kedai2 kat area tu. Kebetulan orang yg datang mkn kat situ sikit jer, biasenya ramai…So, ktorang yg dok kat meja luar tu kena masuk dalam sbb kerusi meja xleh bawa keluar (biase la tu). Maybe taknak ganggu keadaan lalulintas kenderaan kat situ. (Alaa..biase je aku tengok)..So, dgn kelam-kabutnyer ktorg pindah masuk kt dlm plak..Dlm keadaan cenggitu, sempat kak Ida a.k.a pengusaha kedai makan 2 komplen coz de yg laporkan kat MPN pelbagai masalah2 kat situ terutama sekali “pasar malam” yang tidak dirancang @ buka sendiri2 oleh beberapa orang peniaga yang berdekatan. Laa…pulak..Bukan ke leh memudahkan penghuni2 Desa Jati keluar membeli barang2 keperluan dan xperlu pegi pasar malam yg jauh. Lagipun kat DJ ramai penghuni dikalangan pelajar USIM, pekerja industri, yang berkeluarga dan ramai lagi. Bukan ke bleh memeriahkan suasana kalau de pasar malam…Aii..sape la yg bijak sgt2 g lapor kat MPN 2???

Nak di jadikan bahan topic nih, mase nak bayar makanan kat kaunter, K Ida pun tanye, “Sem dpn korang de lagi x?”. Aku jwb ade, tggal satu sem jer lagi…K Ida dgn panjang-lebarnye brcerita sambil menjelaskan mungkin 2,3 hari atau beberapa bulan lagi harga makanan kat Shanana Café 2 akan naik harga. Apakah…Baru je tadi aku puji harganyer murah malah berpatutan…K Ida pun bercerita harga beras sekarang dah naik secara mendadak. Hari pertama die pegi beli beras dengan harga yg biase die beli. Dua hari lepas 2, harga beras naik 2x ganda. Tiga hari spas tu plak harga naik lagi…Aku tanye K Ida die g tempat yang same ke? Die dah survey mmg sumer beras naik kat mane2 tempat pun..Aku pun teruja dgn pengembaraan K Ida mencari beras demi perkembangan bisnes yg bertambah maju itu (cheers utk K Ida)..

Jadi, nak dijadikan cerita…nampak gayanye lepas ni terpaksa berjimat la kwn2 ye..Xbleh la kita nk melepak selalu kat situ lagi. Berita beras naik ni aku baru jer tau mase K Ida gtau 2..(xsempat nk bace newspaper beb)..Aku sempat bace kat akhbar BH kat kedai 2 tentang purata negeri yg banyak makan nasi adalah Kelantan dan Terengganu. Memang pun..selama 2tahun aku tinggal kat Kelantan (3,4 tahun yg lepas), 3x sehari aku makan nasi termasuk la time bekpes..Waktu 2 aku mmg tembam gile2. Heee…Dah jadi kebiasaan kat sane nak wat camner…

Motifnye sekarang, kenaikkan harga barangan dapur atau bahan mentah yag lain nye sedikit sebanyak membebankan rakyat terutama yang berkeluarga. Punca dan masalah kenaikkan barangan ini perlulah di pantau dan di atasi segera supaya tidak timbul dan sekaligus mengganggugugat kestabilan ekonomi rakyat. Bayangkanlah sehari @ 2hari tanpa nasi??

Persoalannya aku sebagai pelajar…jalan penyelesaian adalah masak sendiri atau makan makanan ringan khasnye maggi mi? Tapi, rice cooker @ compact kitchen x d benarkan masuk asrama?? Hai, bebanan2…….(keluhan yg tulus dan ikhlas)    

 

Leave a Comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.